Showing posts with label Sara Musykirah. Show all posts
Showing posts with label Sara Musykirah. Show all posts

Thursday, May 18, 2017

Lirik Lagu Sape Dari Itali - Sara Musykirah

Lirik Lagu Sape Dari Itali - Sara Musykirah

Lirik Lagu Sape Dari Itali ini adalah lagu nyanyian Sara Musykirah. Lagu ini merupakan OST drama Sape Dari Itali (2017) yang disiarkan Slot Selekta Prima TV2 dan mula ditayangkan pada 23 Mac 2017. Berikut disertakan Lirik Lagu Sape Dari Itali oleh Sara Musykirah. Semoga lagu ini dapat menghibur dan memberi manfaat pada anda.



Baca juga sinopsis Sape Dari Itali

Lirik Lagi Sape Dari Itali

ku ciptakan melodi
ku nyanyikan buatmu kasih
hadirmu bagai mimpi
cintamu bagai sakti
sape jadi pengikat janji

bermulanya disini
ceritera cinta abadi
pelangi jadi saksi
dua cinta bersemi
disinilah cinta terpatri

ku kirimkan salam
di angin lalu
agar kau mendengarnya

angin bawakan
rasa rinduku
setelah aku pergi

coretkan dihatimu
puisi hidup yang tercipta
seluas langit biru
rinduku kepadamu
abadikan kenangan lalu

seluas langit biru
rinduku kepadamu
abadikan kenangan lalu

abadikan kenangan lalu
ku ukirkan seribu mimpi

Tonton Video Klip Lagu Sape Dari Itali


Terima Kasih Kerana membaca Lirik Lagu Ost Sape Dari Itali - Sara Musykirah

Thursday, May 11, 2017

Lirik Lagu Sape Dari Itali OST - Sara Musykirah

Lirik Lagu Sape Dari Itali OST - Sara Musykirah

Lirik lagu Sape Dari Itali. Drama bersiri Sape Dari Itali yang akan mula ditayangkan pada 23 Mac di TV2. Dibintangi oleh Nadia Brian, Syafie Naswip, dan Beego. Sebuah drama terbitan Bright Network Sdn Bhd dan diarahkan Hazali Haji Ramli. Disiarkan setiap hari Selasa hingga Khamis pukul 9 malam menerusi slot Selekta Prima saluran TV2.



JUDUL : SAPE DARI ITALI
EPISOD : 26 episod
TARIKH TAYANGAN : 23 Mac 2017
HARI / MASA : Selasa-Khamis, 9 Malam
SIARAN : Slot Selekta Prima TV2
PENGARAH : Hazali Haji Ramli
TERBITAN : Bright Network Sdn Bhd
PELAKON : Syafie Naswip, Nadia Brian, Beego, Geoff Andre Feyaerts, Shakilla Khoriri, Sherie Merlis, Mahmud Ali Bashah, Liza Zain, Zarynn Minn, Puteri Adrianna, Ain Zahalan

WATAK PELAKON 
Syafie Naswip sebagai Zamani
Nadia Brian sebagai Lisandra
Beego sebagai Haris
Geoff sebagai Alexandro

SINOPSIS SAPE DARI ITALI
Mengisahkan perjalanan watak gadis dari Itali, Lisandra sedang menyiapkan tesis PhD mengenai ‘Pencemaran Air.’ Ibunya, wanita Itali yang telah berkahwin dengan lelaki dari Malaysia tetapi telah terpisah selama 27 tahun. Sebelum meninggal dunia ibunya meminta Lisandra mencari bapanya di Sarawak, Malaysia. Lisandra akur kehendak ibunya dan datang ke Malaysia. Namun dia tidak keseorangan apabila bekas kekasihnya Alexandro menyusulnya dengan alasan mahu memujuk Lisandra kembali kepadanya. Ternyata Alexandro kembali mengulangi kesalahannya curang dengan gadis lain dan akhirnya pulang ke Itali bila ditolak oleh Lisandra.

Sementara itu Zamani tinggal bersama ibu dan bapa tirinya. Zamani amat menyayangi ibunya tetapi tidak suka kepada bapa tirinya yang seringkali mendera ibunya. Bapa tiri Zamani adalah seorang pengedar dadah dan juga seringkali diupah untuk membuang bahan toksik kilang ke dalam sungai. Zamani bersahabat dengan Haris. Haris adalah seorang lelaki yang pandai ‘mengayat’ wanita. Lisandra pula sewaktu berada di chalet seringkali teringatkan ibunya terutama ketika beliau bermain Sape yang diberikan ibunya kepada dia.

Dalam usaha menyiapkan tesisnya, Lisandra telah terlibat dalam menyelesaikan masalah pembuangan bahan kimia bertoksik di sungai di Pantai Timur. Dia bertemu dengan Zamani dan mula berkawan. Hubungan itu juga disenangi oleh ibu Zamani, Haiza. Zamani membawa Lisandra yang ingin membeli batik ke butik Saharul. Saharul terpegun memandang wajah Lisandra yang mirip wajah isterinya dulu.

Lirik Lagu Sape Dari Itali (Akan dikemaskini pada masa akan datang)

Tajuk Lagu : Sape Dari Itali
Lirik dan Lagu : Leslie Anak Eli
Penyanyi: Sara Musykirah
Tonton Video OST Sape Dari Itali